Amir Hamzah

Sepanjang Jalan Kehidupan

Bagaimana memilih domain terbaik untuk perniagaan anda

Memilih untuk memulakan laman web untuk aktiviti atau perniagaan anda adalah satu rahmat. Laman web adalah sebuah pendekatan pemasaran yang dilaksanakan secara jangka panjang. Anda tidak melihat kesannya pada hari ini. Tetapi, dalam tempoh perjalanan perniagaan dan aktiviti anda, anda akan mempertingkatkan kepercayaan orang terhadap perniagaan anda.

Memilih nama domain di internet adalah sangat kritikal, seakan-akan anda sedang memilih nama bagi perniagaan anda. Ia memerlukan anda berfikir panjang untuk mencari kesesuaian, kerana domain name ini seeloknya dikekalkan untuk tempoh yang lama. Nama yang anda bangunkan bukan sahaja mewakili bisnes anda, tetapi pada masa yang sama perlu lebih mudah untuk diingati dan mudah untuk tujuan pengiklanan.

Di sini, saya bantu anda untuk mendapatkan nama yang sesuai.

1. Pastikan nama domain anda mudah

Nama yang mudah untuk dingati, disebut dan dikongsi adalah penting. Gunakan perkataan biasa di sebut msayarakat. Sebagai contoh, perkataan seperti digital.com dieja dengna perkataan sebenar dan bukan dibuat dalam bentuk slang, glamor atau popular seperti dgtal.com akan mengelirukan pengguna.

2. Pastikan ianya ringkas untuk mudah diingat

Jangan terlalu panjang. Saya berpendapat, jumlah aksara minima yang perlu dibuat adalah 5-7 aksara dengan dua atau 3 tone sebutan seperti yahoo (2) atau alexa (3). Jika terlalu panjang, pengguna sukar untuk mengingati ejaan dan kemungkinan berlaku kesilapan ketika pengguna menaip.

3. Gunakan katakunci tepat dengan aktiviti anda

Sedaya mungkin, gunakan nama yang melambangkan perniagaan anda. Sekiranya anda adalah seorang penjual ikan, elok dapatkan perkataan fishsupplier.com. Sekiranya nama ini telah diambil, boleh pinda mengikut kesesuaian seperti myfishsupplier.com atau daftarkan domain menggunakan top level domain (TLD) khusus seperti fishsupplier.store (lebih mahal kosnya) atau gunakan TLD negara seperti fishsupplier.my

Saya masih juga berjumpa dengna pengguna yang mahukan nama yang panjang seperti rakan saya, onetwozoom.com. Walau bagaimanapun, dalam konteks ini, beliau menggunakan keunikan dan mudah perkataan tersebut untuk menarik minat pengguna dan bentuk jualan beliau yang unik membantu mendapatkan pengguna tetap untuk melawat laman tersebut.

4. Kawasan Sasaran

Sekiranya anda menyasarkan pengguna daripada kawasan anda seperti di putrajaya, anda boleh menggunakan nama kawasan sebagai sebahagian daripada nama seperti putrajayafish.com atau malaysiafish.com

5. Cuba elakkan nombor dan tanda simbol dash / underscore

Nombor seperti fishsupplier7.com dan fish-supplier.com boloeh menyebabkan pengguna anda tersalah dalam menaip domain anda di browser sama ada nak ditulis 7 atau dieja tujuh. Dalam hal ini, untuk mengelakkan kekeliaruan, anda boleh mendaftar kedua-dua nama untuk mengelakkan keselamatan seperti fishsupplier.com dan fish-supplier.com dan anda perlu merujuk semula (redirect) secara teknikal pengguna di salah satu domain ke domain utama anda. Tetaspi pastikan pakej hosting anda membenarkan penggunaan lebih dari satu domain.

6. Pastikan nama domain anda tidak digunakan oleh syarikat lain

Penting untuk anda pastikan nama yang dipilih bukan merupakan tanda perniagaan orang lain untuk mengelakkan kekeliruan umum dan isu perundangan kemudian hari.

7. Gunakan extension (top level domain) yang bersesuaian

.com biasanya untuk perniagaan
.info biasanya untuk website yang informatif
.net biasanya untuk technical infra sites
.org biasanya untuk organisasi
.biz untuk business yang lebih kepada e-commerce/pelaburan
.me lebih kepada blogging/personal website
.gov untuk kerajaan sahaja
.edu untuk institusi pendidikan

Kalau banyak peruntukan, beli nama dengan pelbagai extension. anda boleh forward pengguna pada domain lain ke domain utama anda. Sekiranya anda mempunyai nama barangan yang anda perlu pertahankan untuk jangka masa panjang. Sebagai contoh restorankakmah.com, beli sekali dengan restorankakmah.net. Ini untuk mengelakkan pada masa hadapan, apabila restoran anda maju, takut ada orang lain mendaftar restorankakmah.net memandangkan kedua-dua extension ini sangat popular di kalangan pengguna internet.

8. Ambil sedikit masa untuk berfikir

Ya, jangan tergopoh gapah dalam mendaftar satu-satu domain. Fikir sehabis baik. Sebab, sukar untuk anda tukarkan sesuatu domain kemudian nanti. Elakkan juga tersalah taip ketika pendaftaran. Walau pun kosnya rendah, tetapi ianya merugikan kalau tersalah eja ketika pendaftaran.

9. Boleh simpan dahulu

Anda boleh meletakkan sesuatu domain tanpa hosting dan ini dipanggil “domain parking” dan biasanya pendaftar domain menawarkan domain parking secara percuma. Apa yang perlu adalah DNS mereka sahaja.

10. Bertindak pantas

Sekiranya anda mendapat ilham domain yang “cantik” daftarkan segera sebelum ianya diambil orang.

Semoga, 10 tips ini membantu anda mendapat domain terbaik untuk perniagaan anda dan langkah pertama untuk kejayaan anda. Sekiranya anda perlukan bantuan untuk memahami lebih lanjut berkenaan perkara ini, hubungi saya untuk bantuan. Semoga berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com