Amir Hamzah

Sepanjang Jalan Kehidupan

Biodata

Selamat datang bertamu. Catatan ini adalah menifestasi kepada keinginan dan minat saya dalam bidang pengurusan Maklumat. Lebih tepat lagi dalam dunia berasaskan internet pada hari ini. Tidak dapat tidak, kita tidak boleh lari daripada hakikat kita memerlukan internet untuk kehidupan kita sehari. Sama ada sebagai pengguna sosial atau pengguna perniagaan.

Saya sangat meminati pembangunan aplikasi web. major fokus saya adalah membangunkan aplikasi daripada scratch menggunakan PHP bagi web environment, atau Visual Basic bagi desktop development.

Saya memulakan penerokaan dalam internet dan pembangunan aplikasinya sejak daripada pengajian di universiti. Pada sekitar tahun 2000, saya membangunkan dan membantu ramai pengguna membangunkan internet dan aplikasinya mengikut teknologi pada waktu tersebut.

Selepas hampir 18 tahun, saya masih lagi bergiat dalam bidang ini dan telah membantu ramai orang dan perniagaan untuk memiliki sebuah laman web yang dinamik dan berkembamg mengikut keperluan perniagaan masing-masing.

Sekiranya anda mempunyai keperluan untuk memiliki sebuah laman web untuk perniagaan, aktiviti atau untuk kapasiti peribadi anda, berhubung dengan saya untuk saya bantu tunjukkan jalan yang bersesuaian. Saya akan bantu membangunkan web dan berkongsi ilmu untuk memastikan pengetahuan ini dapat dikongsi bersama.

Sasaran bimbingan saya adalah untuk membantu pengusaha kecil dan sederhana untuk mendapat manfaat daripada pembangunan website bagi keperluan perniagaan mereka.

Hubungi saya untuk bimbingan percuma untuk memulakan langkah pertama dalam dunia digital anda.

Salam ukhuwwah,

Amir Hamzah
Putrajaya

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com