Amir Hamzah

Sepanjang Jalan Kehidupan

Dimana zakat kita?

Adakah anda berpuas hati dengan jumlah zakat anda tahun 2018? Atau tak de langsung? Atau tak ambik tahu sebab dah potong bulan-bulan. Sebagai rekod, zakat anda perlu 2.5% daripada jumlah jumlah pendapatan anda atau keuntungan anda. 1/40 sahaja.

Walau pun orang kata, jumlah tak penting, tetapi yang penting adalah kesedaran keluarkan zakat. Sebenarnya salah, sebab zakat bukan kesedaran, tapi tanggungjawab yang tak boleh dielak. Zakat adalah rukun Islam yang 5, dan paling dilecehkan oleh umat Islam. Mujurlah ada Saidina Abu Bakar yang kuatkuasakan pengeluaran zakat selepas wafatnya Nabi s.a.w. Dan saya juga nak puji LHDN Malaysia yang munkin satu-satunya IRB/IRS dunia yang iktiraf zakat untuk tujuan rebat 100% (RM1 zakat rebat RM1 cukai pendapatan).

Azam tahun baru ni, kita semak balik jumlah zakat, dan kalau boleh kita banyakkan lagi jenis zakat dikeluarkan. Kalau dudu hanya zakat pendapatan, mungkin dah boleh tengok zakat perniagaan, zakat pertanian dan sebagainya.

Jangan difikir macam mana zakat kita diagihkan. Itu amanah kepada pemerintah. Masa Saidina Abu Bakar berkeras dengan sahabat untuk kuatkuasakan zakat, walau pun ada sebilangan sahabat yg berpandangan pendekatan yang lebih lembut daripada berperang dengan mereka yg tidak keluarkan zakat untuk beri tumpuan pada orang yang murtad selepas Nabi wafat. Jadi jelas dalam hal ini, zakat hendaklah dikeluarkan kepada pemerintah. Tapi masih ada yang berkata, itu zaman khalifah al-Rasyidin, sekarang pemerintah zalim. Kita keluarkan zakat sendiri. Sebenarnya itu ayat orang-orang yang zalim yang gagal hayati al-Quran. Sedangkan Allah berfirman, taat Allah, taat rasul dan pemerintah drp kalangan kamu. Bukankah hak zakat itu kepada 8 asnaf? Mampu kah kita keluarkan kepada semua asnaf?

Say insaf apabila berkesempatan duduk di USA, berzakat di sana adalah kepada NGO. Ye lah, negara kafir harbi. Tapi di Malaysia, Allah berikan rahmat yang memerintah adalah orang Islam dan zakat menjadi teras pentadbiran. Bila Islam memerintah, duit zakat diagihkan kepada semua orang yang layak.

Ayuh mari berzakat untuk suburkan harta.

Semoga keberkatan tertanam dalam keluarga kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com