Amir Hamzah

Sepanjang Jalan Kehidupan

Firqah Yang Memecahkan

Mengikut sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam, umatnya akan berpecah 73 kumpulan, sedang kesemuanya akan masuk ke neraka, kecuali satu yang akan bersama Baginda di syurga. Saya tidak tahu apakah 73 firqah tersebut, tetapi saya ingin mengulas mengenai kefahaman mengenai hadith ini. Nabi sollahualaihi wassallam mempunyai taraf bahasa yang tinggi selataknya, setiap yang datang darinya adalah wahyu Allah taala.

Nabi menggambarkan sesuatu melalui percakapannya yang mulia. Saya tidak berhajat untuk menentukan kumpulan mana yang tergolong dalam kumpulan yang akan terkeluar daripada jalan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ke syurga. Kerana bagi saya, 73 kumpulan itu mungkin merangkum di dalamnya, sejumlah kumpulan yang lain. Mungkin beratus -ratus mahupun ribuan. Justeru saya lebih cenderung untuk berpandangan bahawa ingatan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam adalah bahawa umatnya mudah untuk berpecah antara satu sama lain.

Kadang-kadang kita mudah mengangkat ketua. Kadang-kadang kita nak jadi ketua. Sebab itu Nabi mengingatkan supaya jangan kita meminta jawatan, seandainya kita tidak tahu kemampuan kita. Semua ini sebagai tanda bahawa waspadalah umat akan mudahnya umat ini berpecah walaupun dengan perkara yang kecil sahaja. Kadang-kadang kita terlupa untuk pulang kepada yang asas dalam perjuangan kita iaitu Allah dan Rasul-Nya.

Ok, isunya kita sudah jelas. Jadi penyelesaiannya macammana? Perbincangan perkara ini, memerlukan perbincangan yang panjang. Cuma, saya rasa ia berbalik pada sikap kita. Saya cadangkan satu perkara untuk remedi perkara ini. Jangan mudah meletakkan diri dalam mana-mana kumpulan, yang akan menyebabkan kita terikat kepada satu kumpulan sahaja. Dalam hal ini, kita ambil jalan tengah iaitu kita tidak mudah menanamkan kaki kita dalam satu-satu kumpulan tetapi sebaliknya mengikut jalan para salafussoleh yang telah lalu daripada kita, terutama aliran-aliran mazhab utama. Dalam keadaan ini, kita lebih mudah untuk menolak pandangan sesuatu kumpulan untuk mengelak kita taklid tanpa berfikir.

Khalasahnya, jangan kita mudah asingkan diri kita dengan menyertai mana-mana fahaman, melainkan fahaman fiqh kita berdasarkan ahlussunnah wal jamaah dan aqidah kita mengikut assyairah. InsyaAllah, kita akan terselamat, termasuk dalam satu kumpulan yang dijamin syurga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com