Amir Hamzah

Sepanjang Jalan Kehidupan

Mengukur Kematian

Kematian datang, cuma tak tahu bila. Nabi kata, umur umatnya seperti umurnya, 60 tahun plus minus. Kalau lebih subsidi, kalau kurang nikmat dari Allah. Manusia nak lambatkan kematian. Kalau kematian masih seratus ela, kalau boleh jarak itu kekallah selamanya. Tapi dah hukum sebab dunia ni berputar, jarak akan jadi semakin pendek. Ada setengah mahukan jarak itu dipanjangkan tapi ada juga sebilangannya mahu jarak itu kekal. Pokoknya, tepuk dada tanyalah iman masing-masing.

Allah kata, nanti orang berdosa berkata, pulangkan kami untuk kami kerjakan amal soleh. Tapi itu tidak berlaku sepertimana bila kita mati kita tak akan dapat balik ke dunia.

Mengukur mati boleh menggunakan tali ukuran. Itulah tali ukuran kematian yang mengamdungi pita-pita hitam yang menyimpan data-data kita. Data itu tidak reti menipu. Ukurlah kematian dengan pita hitam. Setiap petaknya, memberitahu apa yang telah dilakukan. Apabila pita itu dah panjang, tetapi datanya dosa sahaja, maka hati-hatilah, kematian itu dah boleh dianggap makin dekat. Tapi kalau pita itu panjang, dan datanya menunjukkan kebaikan, maka mungkin jaraknya masih panjang.

Persoalannya, adakah kita mahu mengukur atau tidak? Atau kita hanya menganggar kematian kita masih jauh. Kalau kita rasa kematian masih jauh, maka kita bersemang tanpa fikirkan apa yang nak dibekalkan dan apa yang nak ditinggalkan kepada anak-anak kita. Kalau kita rasa kematian semakin dekat, kita bersiap untuk diri sendiri melalui solat, zikir, puasa, haji, umrah dan zakat. Kita juga tidak mahu anak-anak kita merempat. Kita sediakan kediaman, duit dan kemudahan untuk mereka hidup selepas kita tiada. Begitu juga, tinggalkan kehidupan kepada ibu mereka iaitu isteri kita. Agar mereka dapat hidup bersama. Orang perempuan yang cukup makan dan anak-anaknya, mereka dikurnia cinta sejati terhadap kita, walaupun selepas kematian kita.

Adakah anda telah mengukur kematian anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com