Amir Hamzah

Sepanjang Jalan Kehidupan

Pagi Yang Rahmat Pada Anak-anak

Pagi ini adalah rahmat allah. Sebagai ibu bapa, pagi adalah waktu yang paling sesuai untuk menyemarakkan rasa keibubapaan. Pagi adalah rahmat kepada anak-anak kita.
 
Berikut perkara yang kita boleh buat untuk anak-anak:
 
1. Kejutkan anak-anak dengan lembut sentuhan dan pelukan. Walau pun anak-anak agak susah nak bangun sebab syok tidur. Tapi kalau kejutkan bapak di yang payah bangun, boleh je tolak jatuh katil.
 
2. Jangan sekali-kali ibu atau bapa berleter tentang apa-apa sekali masalah pada anak seperti tidak buat kerja sekolah dan sebagainya. Jangan kita padam rahmat waktu pagi pada anak-anak. Jangan kita tinggikan suara kepada anak-anak.
 
3. Bercakap-cakap dengan anak-anak tentang perkara positif seperti apa yang nak dibuat petang nanti bersama-sama, cita-cita dan apa yang mengembirakan mereka semalam. Serikan dengan gelak ketawa.
 
4. Jangan marah pada anak-anak sekiranya anak terbuat silap pada pagi itu. Tangguhkan dulu kemarahan dan kalau boleh tegur di waktu lain yang bersesuaian.
 
5. Luangkan sedikit masa untuk makan bersama anak pada waktu pagi. Yang lebih baik adalah kita menyuap sekurang-kurangnya air kepada anak-anak.
 
Melalui 5 perkara ini, insyaAllah, Allah akan lembutkan hati anak kita dan menjadi dia berakhlak mulia. Semoga bermanfaat.
 
Wallahua’lam.
 
Amir Hamzah
Putrajaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com