Amir Hamzah

Sepanjang Jalan Kehidupan

Pelajaran 2: Iqra (Muka 11-20)

Alhamdulillah, saya berjaya terbitkan video perbincangan pertama untuk pengajian al-Quran. Saya mulakan dengan mengenal huruf. Saya tahu ramai yang tahu tentang bagaimana untuk menyebut sesuatu huruf. Tapi saya kongsikan juga sebab memang menjadi asas dalam pengajaran al-Quran adalah sebutan huruf-huruf.

Video ini sesuai untuk orang dewasa, kerana kaedah penceritaan pembelajaran lebih mudah untuk difahami oleh orang dewasa di luar sana.

Saya mohon maaf, kerana menghasilkan juga video ini. Saya bukanlah imam, mahupun qari yang lazim membaca di khalayak ramai, tapi saya rasa tetap mahu menerbitkan pengajian ini sebagai perkongsian dengan rakan pendengar. Dan saya tidak kata saya terbaik, tetapi saya rasa saya tahu dan saya mahu memenuhi sunnah Rasulullah s.a.w yang bersabda: sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan kemudian mengajarkannya.

Saya adalah seorang awam, yang berkelulusan Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dai UM, pernah menuntut pengajian tajwid dengan Ustaz Zain di UM, Nilam Puri dan guru terbesar yang mencorakkan bacaan saya sebenarnya adalah ibu saya sendiri. Beliau memiliki sijil pengajar daripada Yayasan Islam Terengganu. Semoga pengajian ini adalah untuk beliau juga, kalau ada ganjaran dari Allah swt.

Selamat belajar al-Quran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com