Amir Hamzah

Sepanjang Jalan Kehidupan

Perkahwinan Kanak-kanak

Pagi tadi dalam radio terdengar topik di lite.fm pagi ini adalah “patutkah anak-anak diajar haknya di peringkat sekolah?”, yang merujuk kepada isu perkahwinan anak pada masa ini. Saya beritahu anak-anak saya, kalau dahulu, ketika umur 5-6 tahun ,selalu juga main pondok-pondok, ada maknya, ada ayahnya dan ada anak-anaknya. Dah boleh bayang dah hidup berkeluarga. Agaknya sekarang dah takde permainan pondok-pondok ni.

Saya melihat ini adalah pertembungan kepada cadangan berkenaan dengan orang ‘budaya’ dengan orang ‘agama’. Para Mufti menegakkan hukum Allah yang membenarkan perkahwinan seawal usia baligh sebagai contoh 14 tahun untuk memberi ruang kepada masyarakat bergerak dalam rahmat Allah. Perkahwinan pada usia yang muda menjamin anak-anak tidak terdedah dengan eksploitasi nafsu syahwat. Tetapi kumpulan budaya menanggap perkahwinan muda menjadi ekploitasi kepada kanak-kanak yangm ahukan kanak-kanak itu bersekolah dan mendapat pendidikan yang sebenarnya. Saya tak mahu berdebat mengenai perkara ini, bagi saya, saya mastilah menjunjung perintah agama untuk membenarkan kanak-kanak yang baligh untuk berkahwin mengikut ketetapan syarak. Cuma, saya juga tidak ada halangan dengan sistem pentadbiran yang memberi kuasa kepada Kerajaan untuk mentadbir hukum ini seperti kanak-kanak yang telah baligh yang ingin dikahwinkan perlu melalui proses-proses saringan tertentu.

Berbalik kepada tajuk perbincangan tadi, saya rasa isu yang utama disini adalah bagaimana kita membuka kanak-kanak kepada hak-haknya di dalam masyarakat moden. Saya yakin, dalam banyak kedudukan, hak kanak-kanak untuk memilih banyak disulam dengan ibu bapa. Dan perkahwinan yang saya sebut dalam cerita di atas, tidak lain berlaku apabila seorang kanak-kanak itu telah diberi kebenaran oleh ibu bapa.

Saya risau kalau-kalau kita terkeliru dengan perkataan kanak-kanak menurut istilah agama, budaya dan undang-undang. Sebagai contoh, garis pemisah kanak-kanak dan kelompok remaja dalam islam disandarkan kepada akil baligh, kanak-kanak dalam budaya mungkin kita memandang pelajar sekolah rendah (bawah 12 tahun tidak kira lelaki atau perempuan) sebagai kanak-kanak dan sekolah menengah sebagai “remaja” dan kalau mengikut undang-undang di bawah 18 tahun sebagai kanak-kanak. Istilah ini kadang-kadang memerangkap penakkulan mantik dan pemikaran kita dalam memberi pandangan mengenai perkahwinan kanak-kanak. Saya berpandangan, kalau diambil faktor kemodenan, memang perkahwinan (perkahwinan sebenar mcm orang-orang dewasa kahwin) di peringkat sekolah rendah itu adalah tidak sesuai untuk dipraktikkan pada masa sekarang lagi.

Persoalan yang timbul adalah adakah remaja yang telah melepasi garis matang untuk perkahwinan boleh dipertimbangkan untuk berkahwin dalam ertikata sebenar-benarnya berkahwin?  Bagi saya, rata-rata ibu bapa tidak bersetuju untuk mengahwinkan anak gadisnya pada usia remaja melainkan keadaan-keadaan tertentu yang tidak daapt dielakkan seperti terjerumus kepada kemaksiatan dan sebagainya. Sistem masyarakat kita terbuka. Kalau remedi ini dinafikan, ianya menjuruskan kepada kehancuran anak-anak tersebut secara kekal. Kita tidak boleh bandingkan dengan masyarakat barat yang boleh membiarkan nasab dan status anak-anak sekiranya anak-anak ini terjerumus dalam maksiat.

Kita juga tidak mahu sistem nilai kepada anak-anak ini dihapuskan. Kita perlu menerima hakikat, perbezaan taraf hidup antara dalam bandar dan luar bandar, atau lebih tepat lagi kumpulan orang di pendalaman yang lebih cenderung kepada sistem tradisional. Di Amerika syarikat sendiri masih lagi terdapat kumpulan yang berpegang pada adat resam secara kronik seperti golongan Amish dan Marmon. Tetapi di Malaysia, golongan yang berpegang kepada adat resam ini masih lagi wujud dalam bentuk yang tidak beridentiti pada segi lahiriyyah, tetapi mungkin wujud dari segi intelek. Maksudnya, perbincangan kita mengenai perkahwinan ini tidak boleh emosi, dan perlu lebih fleksibel. Saya hairan, apabila masyarakat moden melihat kebenaran untuk berkahwin di peringkat awal remaja dilihat sebagai mundur dan ke belakang. Bagi saya, kebenaran tersebut melihatkan fleksibiliti yang ada pada Islam dan kita tidak boleh berfikir bahawa Islam itu datangnya dagang pada polisinya. Sebenarnya Islam itu datang dengan caranya. Islam datang dengan kaedah yang ditetapkan agar ianya tidak merosakkan masyarakat. Yang rosak adalah masyarakat yang tidak berpegang kepada nilai agamanya. Secara hukum dibenarkan berkahwin bagi pelajar yang telah baligh tetapi dari segi pentadbiran, ada sekatan-sekatan tertentu untuk melindungi perkahwinan remaja perempuan itu daripada dieksploitasi.

Dalam konteks Malaysia, perkahwinan bagi orang Islam dan bukan Islam diasingkan undang-undangnya dan perkara ini mestilah berterusan. Hukum perkahwinan Islam perlu ditegakkan mengikut al-Quran dan sunnah dan pentadbirannya juga dibuat berdasarkan hukum fiqh dan kaedah pengurusan Islam. Bagi konteks bukan Islam, mereka perlu menghormati undang-undang yang digubal secara konvensyen atau common law di antara mereka sama ada menetapkan umur yang lebih tinggi untuk berkahwin kerana bagi saya nilai agama dan budaya yang berbeza.

Saya berdoa agar masyarakat kita jelas dengan kehendak agama dan tanggungjawab masyarakat. Masyarakat lelaki tidak akan mencari golongan anak gadis untuk diperisterikan sekiranya mereka menumpukan kepada kehidupan dan pengibadatan. Ibu bapa pula akan sedaya upaya menyekolahkan anak-anak untuk membolehkan anak-anak itu memilih jalan hidup mereka sendiri, walaupun dilanda kemiskinan. Ibu bapa bantulah anak-anak mereka mencapai umur yang matang untuk perkahwinan. Kerana perkahwinan itu merupakan pelayaran yang panjang.

Islam itu indah. Tiada yang tidak indah bila kita menyebut agama yang suci ini. Wallahua’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com