Amir Hamzah

Sepanjang Jalan Kehidupan

Sistem Saya

Sepanjang perjalanan saya membangunkan website dan aplikasinya, saya cenderung untuk membangunkan aplikasi yang boleh berinteraksi dengan pengguna. Untuk membangunkan satu laman web yang terbuka untuk orang ramai, terutama di peringkat antarabangsa, kita perlu mempunyai idea dan cetusan minat yang terbaik. Berikut adalah aplikasi yang sedang dan telah dibangunkan oleh saya.

i-AQSA.com

i-AQSA.com merupakan sebuah aplikasi berteraskan Islam yang professional. Aplikasi ini dipandu oleh pengkalan data bagi al-Quran dan terjemahannya serta kumpulan hadith yang utama iaitu sekitar 40,000 lebih hadith untuk kegunaan umat Islam. apa yang menarik bagi sistem ini adalah keupayaan untuk membuat carian dalam Bahasa Arab bagi teks al-Quran dan Hadith dan pengguna tidak perlu menggunakan keyboard Arab pada sistem komputer kerana aplikasi ini akan memaparkan “on-screen” Arabic keyboard pada kotak carian.

iHijrah.com

Aplikasi ini saya bangunkan untuk membantu pengguna merekod solat, puasa dan zikir. Solat yang boleh direkod adalah kemajuan solat berdasarikan waktu dan solat-solat sunat. Aplikasi ini sangat menarik dan disediakan sebagai usaha untuk membantu pengguna merekodkan kemajuan ibadah masing-masing.

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com