Amir Hamzah

Sepanjang Jalan Kehidupan

Streamline Web Projek

Minggu ini agak sedikit penat sebab ada kelas master. Alhamdulillah, pengajian master telah berjalan dengan baik di Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM.

Task cuti hujung minggu ni, saya banyak habiskan masa untuk lihat balik sistem yang saya bangunkan. Kebanyakkannya bercampur aduk. Saya rujuk kepada beberapa bacaan, saya rasa, sangat tinggi keperluan untuk streamline balik projek-projek agar ianya lebih berkesan. Salah satunya adalah untuk stream balik aplikasi Islam saya iaitu ihijrah.com.

iHijrah.com sebenarnya saya bangunkan dua komponen. Satu untuk dairy peribadi muslim dan satu lagi untuk pengkayaan komuniti Islam melalui ilmu. Selepas mengkaji, saya telah mengambil keputusan untuk memisahkan kedua komponen ini, dengan mewujudkan sebuah laman web lokal islam di Malaysia dengan domain fatwa.my.

Alhamdulillah, aplikasi bagi fatwa ni telah diperingkat akhir untuk diselaraskan. InsyaAllah, dalam beberapa hari lagi aplikasi ini akan boleh dibuka kepada awam dan pengguna juga boleh menyumbangkan ilmu untuk diwaqafkan melalui laman web ini.

Saya juga mendapat bantuan daripada adik saya untuk mengindeks hukum-hukum Islam untuk dibawa masuk ke dalam fatwa.my. Saya mendapat data berkenaan 600 fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negara dan negeri-negeri di Malaysia melalui www.data.gov.my, jadi bolehlah untuk dijadikan modal. Saya juga merujuk kitab-kitab soal jawab fiqh yang lama-lama untuk dimasukkan dan dikongsi dengan pengguna yang lain.

Saya mohon doakan agar usaha saya ini diberkati dan mendapat manfaat yang banyak. InsyaAllah, saya akan membuat function review bagi fatwa.my untuk setiap fungsi dinamik yang saya bangunkan.

Terima kasih.

/ah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com